Sunday, August 22, 2010

Pertandingan Mencipta Lagu PPDa


PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU ‘PPDa’

JABATAN PELAJARAN PAHANG 2010

PENGENALAN


Pertandingan Mencipta Lagu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010 diadakan sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa yang disambut pada 26 Jun setiap tahun. Program ini juga adalah kesinambungan daripada Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan yang telah disambut pada 19 Februari 2010 yang lalu.


OBJEKTIF

  1. Bagi mengembangkan bakat dan kebolehan warga pendidik terhadap penciptaan lagu.
  2. Meningkatkan aspirasi dan minat ke arah penciptaan lagu berunsur pendidikan.
  3. Melahirkan satu semangat yang jitu dan padu dalam kalangan warga pendidik Negeri Pahang dalam menyampaikan mesej memerangi dadah.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warga Pendidikan Negeri Pahang sama ada amatur atau profesional .
  2. Lagu hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa tiga ( 3 ) minit dan penyertaan adalah tidak terhad .
  3. Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu diterima sebagai peserta .
  4. Ciptaan lagu adalah bebas. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu,bernilai komersil dan menepati konsep serta mampu menarik minat semua golongan
  5. Lirik hendaklah menggabungkan konsep ‘1Malaysia Membanteras Dadah’ merangkumi semangat yang jitu dan padu, kasih sayang, berdaya saing, budaya kerja cemerlang berprestasi tinggi tanpa menyentuh sensitiviti perkauman,agama dan politik .
  6. Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang-kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan skor piano dengan lirik dibawah melodi . Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam kertas berasingan .
  7. Borang penyertaan dilampirkan bersama surat siaran ini .
  8. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Oktober 2010.
  9. Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur didalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan pencipta.
  10. Pihak penganjur akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diangkat sebagai pemenang dan diberi hadiah. Segala keputusan panel penilai adalah muktamad.
  11. Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama- nama pemenang juga akan diumumkan dalam blog : http://pahangppda.blogspot.com/

HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI


  • Pertama: Hadiah bernilai RM 150.00, Sijil dan Plak
  • Kedua: Hadiah bernilai RM 100.00, Sijil dan Plak
  • Ketiga: Hadiah bernilai RM 50.00, Sijil dan Plak

  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia pertandingan di alamat dan nombor berikut:

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

Jabatan Pelajaran Pahang

25200 Kuantan

Tel : 09 – 5715928

Fax : 09 – 5715921

( u.p: En. Abdullah Sani / En. Wan Muhamad Azan )


BORANG PERTANDINGAN

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU ‘ PPDa ’

JABATAN PELAJARAN PAHANG 2010

1. Tajuk lagu :

2. Nama pencipta :

No.K/P :

Alamat :

No.telefon :

E-mel :

3. Nama penulis lirik :

No. K/P :

Alamat :

No.telefon :

E-mail :

4. Saya mengaku bahawa ciptaan lagu dan lirik adalah ciptaan asal saya dan

bersetuju mematuhi segala syarat-syarat pertandingan yang telah

ditetapkan.

…………………………………………………

( Nama : )

( Tarikh : )

  • Permohonan hendaklah dihantar kepada :

Urus Setia Pertandingan Mencipta Lagu PPDa,

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

Jabatan Pelajaran Pahang

25200 Kuantan

Tel : 09 – 5715928

Fax : 09 – 5715921

( U.P: En. Abdullah Sani / En. Wan Muhamad Azan )

No comments:

Post a Comment

 
footer