Sunday, August 22, 2010

Pertandingan Menulis Sajak





PERTANDINGAN PENULISAN SAJAK

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

JABATAN PELAJARAN PAHANG


LATARBELAKANG

Pertandingan Penulisan Sajak Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010 diadakan sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa yang disambut pada 26 Jun setiap tahun. Program ini juga adalah kesinambungan daripada Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan yang telah disambut pada 19 Februari 2010 yang lalu.


OBJEKTIF

  • Untuk mengasah bakat dan kreativiti pelajar serta warga pendidik dalam menyampaikan mesej memerangi dadah.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahaya dan ancaman dadah kepada kesejahteraan hidup.
  • Melahirkan masyarakat pelajar dan warga pendidik yang berbudaya.

TARIKH PERTANDINGAN

Pertandingan akan bermula pada 26 Jun 2010 dan tamat pada 31 Ogos 2010.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  • Tema Sajak : “1Malaysia Membanteras Dadah”
  • Sajak mestilah menggunakan Bahasa Melayu dan perlu mempunyai tajuk.
  • Sajak yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 11 dengan spacing 1.5.
  • Berikut adalah kategori yang dipertandingankan:

  • Kategori Pelajar Sekolah Rendah
  • Kategori Pelajar Sekolah Menengah
  • Kategori Dewasa (Guru, Kakitangan, Pegawai PPD & JPN)


  • Karya yang dihantar mestilah asli dan bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh penganjur serta tidak mengandungi unsur-unsur sensitif

  • Bilangan penyertaan adalah tidak terhad.
  • Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama- nama pemenang juga akan diumumkan dalam blog : http://pahangppda.blogspot.com/
  • Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur didalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
  • Pihak penganjur akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diangkat sebagai pemenang dan diberi hadiah. Segala keputusan panel penilai adalah muktamad.

HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI

Pertama: Hadiah bernilai RM 150.00, Sijil dan Plak

Kedua : Hadiah bernilai RM 100.00, Sijil dan Plak

Ketiga: Hadiah bernilai RM 50.00, Sijil dan Plak


CARA MENGHANTAR PENYERTAAN

  • Karya harus dilengkapi maklumat peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No.Telefon, Nama Sekolah/Pejabat dan Alamat Rumah.
  • Karya boleh dihantar secara Online melalui Email : ppdapahang@yahoo.com atau hantar ke alamat berikut:

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

Jabatan Pelajaran Pahang

25200 Kuantan

Tel : 09 – 5715928

Fax : 09 – 5715921

( U.P: En. Abdullah Sani / En. Wan Muhamad Azan )

2 comments:

mazliakm said...

Salam, bila pengumuman keputusan pertandingan sajak keluar... tak de pun dalasm blog ni.
terima kasih

Cikgu Fairudz Dahlan said...

salam...
saya baru shj mnerima sijil pnyertaan pertndingn pnulisn sajak setelah setahun lamany mnunggu kptusan d blog ini saban hari.
mohon diumumkn senarai pemenang d blog ini untuk pengetahuan para peserta yg lain.
walau apa pun, terima kasih tidak trhingga...

Post a Comment

 
footer